Monday, March 10, 2008

AMAR

AMAR adalah seorang artis yang agak pendiam, tetapi ramah apabila didekati. Beliau amat meminati bidang seni sejak kecil lagi dan dipengaruhi oleh suasana keluarga seni, justeru, banyak menimba ilmu dan pengalaman berkaitan seni muzik, seni suara, lukisan dan sebagainya daripada keluarganya sendiri. Berasal daripada keluarga yang amat sederhana yang menjadikan AMAR juga sebagai seorang yang sederhana dari pelbagai aspek kehidupan. Sifat semula jadinya yang suka menghiburkan khalayak telah merealisasikan impian beliau untuk bergelar artis solo nasyid setelah dilamar oleh syarikat rakaman Telaga Biru Sdn. Bhd. untuk menghasilkan albumnya. AMAR juga menampilkan kebolehannya dalam seni silap mata ketika di pentas kerana menurutnya, silap mata adalah seni yang paling halus dan dapat menghiburkan sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat, darjat dan usia. AMAR akan terus menghasilkan hasil karya seninya selagi mendapat sokongan yang padu daripada semua dan semoga dengan kehadirannya, akan mencetuskan ‘Paradigma Seni Terkini’.

KONSEP

AMAR selaku penerbit albumnya sendiri mengetengahkan konsep muzik dan lagu yang sederhana dan dapat mendamaikan jiwa agar dapat diterima ramai khususnya untuk seisi keluarga. Lagu-lagu yang terkandung di dalam album beliau kebanyakannya bertemakan kasih-sayang sama ada kasih sayang di antara makhluk dan Pencipta atau kasih sayang sesama manusia.

Dari segi penampilan dan persembahan pula, AMAR membawa suatu kelainan dari segi penggunaan secara optimum bakat-bakat yang beliau miliki dengan melakukan sedikit gimik ‘magic show’, persembahan ‘live instrument’ dan memberi input ilmiah kepada penonton selain persembahan nyanyian.

Kesederhanaan menjadi tema penampilan beliau sebagai seorang artis solo nasyid yang membawakan lagu-lagu yang berbentuk dakwah dan bermesej. Kelainan lenggok suara beliau menambahkan lagi keserasian konsep lagu dan muzik yang diketengahkan.
Photobucket

Dengan ini, sesuailah untuk kita namakan konsep yang dibawakan oleh AMAR sebagai ‘Song of Nature’ yang melambangkan kesederhanaan, kedamaiaan dan semulajadi.

Nama Penuh : Arif Muazzim Abdul Rahman

Nama Samaran : AMAR

Tarikh Lahir : 25.10.1981

Tempat Lahir : Pulau Pinang

Umur : 25 Tahun

Status : Bujang

Asal : Kedah

Alamat Rumah : 31, Taman Permai, 09300 Kuala Ketil, Kedah

Alamat Syarikat : R4-4-402, Pangsapuri Sri Meranti, Bandar Sri Damansara

52200 Kuala Lumpur

Syarikat Rakaman : Telaga Biru Sdn. Bhd, Hijjaz Records Sdn Bhd

Alamat Sykt. Rakaman: Telaga Biru Sdn Bhd, 79-1B, Jalan Raja Abdullah,

Kg. Baru, 50300 K.Lumpur

Hijjaz Records Sdn Bhd, 42A, Jalan PJU 5/9,

Dataran Sunway, Kota Damansara,

47301 Petaling Jaya, Selangor.

E-Mail : amarimpian81@hotmail.com / amar@amar.com.my

Profesion : Pemegang Ijazah Undang-undang UIAM, Penerbit,

Penyanyi, Ahli Silap Mata, Penyusun Muzik, Komposer

Lirik dan Lagu dan Kartunis Sambilan.

Pendidikan : Sekolah Kebangsaan Kuala Ketil, Kedah

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah

Universiti Islam Antarabangsa (Ijazah Sarjana Muda

Undang-undang)

Nama Ibu & Kerjaya : Siti Aishah Abdullah (Pesara Guru)

Nama Bapa & Kerjaya: Abdul Rahman Saad (Pesara Guru & Pekebun)

Bil. Adik Beradik : Anak ke 4 dari 5 orang adik beradik (pada asalnya 6 orang

tetapi abang yang sulung telah meninggal dunia)

Hobi : Mencipta lagu, Bermain Muzik, Melukis, Membaca,

Menonton DVD

Makanan Kegemaran : Ketam Goreng, Cendawan Goreng, Terubuk Goreng

Minuman Kegemaran : Teh Tarik, Air Kelapa, Air Suam

Idola Hidup : Rasulullah S.A.W

Motto Hidup : "Berhikmah Dalam Apa Jua Perkara"

Slogan : "Rasulullah Ikutan Terbaik"

ANTARA PENGLIBATAN AMAR DI DALAM AKTIVITI SENI, KEMASYARAKATAN DAN PENDIDIKAN



Juara Pertandingan Akhir Nasyid Minggu Ini 2004 Anjuran JAKIM Dan RTM
Finalis Anugerah Industri Muzik 2004, Anugerah Carta Nasyid IKIM 2004, Anugerah Belia Remaja - Ikon Berita Harian, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003.
Anugerah Pelajar Paling Aktif Sek. Men. Keb. Agama Kedah 1998.
Album-album Terbitan AMAR - Kiasan Naluri (2003), Diari Rindu (2005), Diriku (2007).
MTV Karaoke (2004), 3D AMAR (2007)
VCD IPT Magic (2005).
Buku Silap Mata (2006)
Buku Motivasi (2006)
Buku Kartun Solo (2006)
Ijazah Sarjana Muda Undang-undang UIAM.
Pengarah Urusan Impian Production.
Penulis Buku
Penceramah Motivasi
Jurutera bunyi dan studio.
Pengacara Rancangan TV (Bila Takbir Bergema - RTM1 2005)
Hakim pertandingan nasyid dan nyanyian
Mengadakan Program Motivasi, kem dan bengkel.
Mencipta lagu dan lirik Cinta Pertama nyanyian kumpulan Far East (2005)
Menghasilkan Muzik Latar, Muzik Tema dan Muzik Montaj untuk TV, Radio dan Jabatan Kerajaan dan Korporat. Antaranya untuk rancangan Salam Nusantara Musim 1,2,3,4(RTM1), Salam Timur Tengah (RTM2), Salam OIC (ASTRO), Kembara Vietnam (RTM), Syahadah (RTM) Rancangan TV Pendidikan, Kolej Tun Sri Lanang (RTM1), lagu tema Lembaga Akreditasi Negara, lagu tema sekolah seperti Sek.Men.Keb Agama Kedah, Sek.Men. Keb. Agama Baling, Sek. Keb. Merbau Pulas dan lain-lain

Kartunis Sambilan Majalah berunsur Islam dan Dakwah

Mengadakan Persembahan Nyanyian termasuk Silap Mata di seluruh negara termasuk di negara-negara jiran seperti Indonesia

Menghiburkan anak-anak yatim

Model

Menerbitkan album 'underground' seperti album untuk kumpulan Sabda; 'Perhitungan'(1999), 'Saya Cinta Islam'(2000), 'Impian'(2001); Al-Amin 2001 (Kumpulan Nasyid Kanak-kanak); Al-Faradis (2001)

Menerbitkan Album Lyn; 'Mencari Ketenangan'(2007)

Penglibatan Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (1994-1998)

Johan Pidato Piala Di Raja

Johan Syarahan Agama terbuka anjuran Pemuda PAS Kedah

Naib Johan Pidato Piala Kementerian

Pengerusi Kelab Nasyid

Pengerusi Kelas Kemahiran Al-Quran

Pengerusi Kelab Seni Kreatif

Johan pertandingan lukisan kartun

Johan pertandingan lukisan bebas

Johan pertandingan marhaban

Mewakili Kedah pertandingan nasyid zon utara

Fasilitator program, kem dan bengkel motivasi dan pengawas.

Dan lain-lain.

Watikah AMAR

"Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. selawat dan salam ke atas Rasul Junjungan Muhammad s.a.w. yang bakal memberi syafaat kepada insan beriman di akhirat kelak. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang menyokong penglibatan saya dalam bidang seni secara langsung atau tidak langsung.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian, penglibatan saya dalam bidang seni sama ada seni suara, muzik, lukisan, silap mata dan sebagainya adalah untuk berkongsi hasil karya saya dengan anda semua serta untuk kepuasan diri saya sendiri. Saya tidaklah berniat untuk menjadi idola ataupun ikon yang boleh dicontohi dan diikuti ramai kerana sebaik-baik contoh dan ikutan ialah Nabi Muhammad s.a.w. Janganlah kita keliru tentang perkara asas ini kerana kita semua akan dipersoalkan oleh Allah s.w.t. tentang amalan dan ikutan kita di akhirat kelak. Oleh itu saya menyeru kepada sahabat-sahabat semua supaya tidak memuja-muja, ‘extreme’ ataupun fanatik kepada mana-mana individu yang kita minati. Tidak salah untuk sekadar mengagumi mana-mana individu, tetapi mestilah ada hadnya dan janganlah sampai kita melupakan ikrar utama kita kepada Allah s.w.t iaitu,‘ Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah s.w.t.

Akhir kata, terimalah kehadiran saya dalam bidang seni ini seadanya dan saya berharap hasil karya saya akan terus diminati oleh anda semua. Sekian, terima kasih."

-AMAR-

No comments: